Selamat Datang Ke Pancing Emas.blogspot.com ...Dekat Di Hati Untuk Bersama Anda .....jom sama sama kita tukar dari Wang Fiat (wang kertas ) kepada emas utuk jaminan masa depan ....> Bukan Kempen MLM dan sebagainya ,.,,,hanya kongsi apa yang saya tahu tentang emas utuk kita..kalau nak beli boleh sahaja dgn siapa siapa sahaja yg anda senang untuk berurusan ...kalau nak dgn saya pon boleh ...014- 290 1010 @ 019 972 9878 (Terengganu /Kelantan)/019 4644688(Grik).... YANG INGIN MEMILIKI BLOG SEPERTI INI ...BOLEH HUBUNGI AZHAR 014- 290 1010 @ 019 972 9878../ 019 4644688(Grik)....DGN HARGA YG RENDAH SAHAJA ... >

Public Gold dan Public Dinar

Jom Beli Emas, Harga Semakin Naik, Simpan Sebagai Pelaburan Masa Depan


Beli emas pelaburan Public Gold daripada saya sekarang dengan tawaran harga yang menarik, anda pasti takkan menyesal. Dengan harga emas yang semakin hari semakin naik, anda akan nikmati kadar pulangan yang tinggi di masa hadapan. Hubungi saya di
012- 290 1010
untuk belian dan jualan balik.

Hubungi saya di 014-290 1010 @ 019 972 9878 / 019 4644688

Ahad, 5 Disember 2010

Cara Nak Kenali Emas

Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah

1) Emas 10 atau 999 - 24K - 99.9% kandungan emas

2) Emas 950 - 23K - 95.4% kandungan emas

3) Emas 916 - 22K - 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut "emas" di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem "Hallmarking" yang berasal dari London di "Goldsmiths' Hall" mulai abad ke 14. Hari ini "Hallmarking" adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.



Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.

Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.

Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.



Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.



Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)



Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.



Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.



Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)



Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.



Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?

Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

by: Dunia Emas

Tiada ulasan: