Selamat Datang Ke Pancing Emas.blogspot.com ...Dekat Di Hati Untuk Bersama Anda .....jom sama sama kita tukar dari Wang Fiat (wang kertas ) kepada emas utuk jaminan masa depan ....> Bukan Kempen MLM dan sebagainya ,.,,,hanya kongsi apa yang saya tahu tentang emas utuk kita..kalau nak beli boleh sahaja dgn siapa siapa sahaja yg anda senang untuk berurusan ...kalau nak dgn saya pon boleh ...014- 290 1010 @ 019 972 9878 (Terengganu /Kelantan)/019 4644688(Grik).... YANG INGIN MEMILIKI BLOG SEPERTI INI ...BOLEH HUBUNGI AZHAR 014- 290 1010 @ 019 972 9878../ 019 4644688(Grik)....DGN HARGA YG RENDAH SAHAJA ... >

Public Gold dan Public Dinar

Jom Beli Emas, Harga Semakin Naik, Simpan Sebagai Pelaburan Masa Depan


Beli emas pelaburan Public Gold daripada saya sekarang dengan tawaran harga yang menarik, anda pasti takkan menyesal. Dengan harga emas yang semakin hari semakin naik, anda akan nikmati kadar pulangan yang tinggi di masa hadapan. Hubungi saya di
012- 290 1010
untuk belian dan jualan balik.

Hubungi saya di 014-290 1010 @ 019 972 9878 / 019 4644688

Ahad, 18 September 2011

KEHARUSAN MENJAGA HARTA KEKAYAAN

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa terbunuh karena membela hartanya, maka ia mati syahid” (HR.Bukhari dan Muslim).
Bagaimana hubungannya hadits tersebut dengan cara kita menjaga harta kekayaan kita ? Disini rasanya  ingin diterangan  kepada kita semua bagaimana seharusnya kita berbuat agar kita dapat mempertahankan harta kita.
Selain hadits tersebut diatas, ada hadits lain yang cukup panjang dari HR.Bukhari dan Muslim, dimana intinya adalah adanya keharusan kita menjaga jiwa, kehormatan dan harta kita sehingga menjadi haram bagi muslim yang satu apabila mengambil satu apalagi kalau ketiganya, milik muslim lainnya.

 Focus kita dalam menjaga harta kita selalu dalam context Benda ! seperti menjaga agar tidak terbakar, dirompak, diklentong  atau diambil secara ditipu oleh orang lain. dengan sistem yang ada sekarang ini semua orang boleh melakukan apa sahaja  hatta menukar nama atau mengubah  nilai  akaun kita bila bila sahaja ....

Jadi harus bagaimana kita menjaga nilai harta kita ? Tanpa harus melawan peraturan  atau aturan yang telah ditentukan oleh kerajaan  kita, kita mampu  menjaga nilai harta kita agar tetap stabil dan cukup. Dengan emas atau dinar yang dipakai sebagai alat untuk bermuamalah dan penyimpan nilai seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah, kita bisa menjaga nilai harta kita dengan aman dan tanpa melanggar aturan yang ada di negeri kita sendiri.


Emas atau Dinar memang belum mampu  dipakai sebagai alat tukaran hanya sebahagian tempat menuju kearah itu seperti kelantan , karena kita masih tetap harus memakai Ringgit  atau duit  resmi lainnya sesuai dengan peraturan dan hukum Negara kita. Namun untuk dua fungsi lainnya seperti menjaga nilai (store of value) dan bermuamalah lainnya seperti pinjam meminjam, bayar zakat, infak dsb dinar sungguh sudah terbukti unggul dan nilainya selalu stabil, cukup dan adil....jadi kalau untuk simpanan kita ,apa kata tukar sahaja denan dinar atau jonkong emas .........jom hari ini bertindak segera .!

Cakap Cakap Emas

Lama tak Posting ....Nak bercerita tentang emas rasanya semua orang sudah tahu !!..just hanya  segelintir sahaja yang kurang kepastian , terserah pada diri masing masing ..harta benda orang jangan dipaksa paksa !!!cuma kita mampu memberi cadangan sahaja ..betulkan sebagai kawan ,sahabat , member ,geng !!..... kekadang  kesian pada mereka yang ada peluang  untuk mencari keuntungan   cuma tak mahu gapai sahaja  peluang itu .....yalah ...semua orang tak sama ...macam macam Fee'el ada ...
 ....Teringat kisah kawan  saya kat RED LAND kelate.....bila kali pertama suruh dia melabor ....dia berminat dan ada kesunguhan  komitmen....munkin kurang keyakinan atau kurang helaian kertas terjamin nilai ..... belilah dia 1 keping dinar .....dgn RM645 time tu cuti sekolah 2010 ....so mintalah dia simpan ..jgn hilang  atau tercicir ...kalau hilang bukan untung doh .."komperm"kerugian yg  tertangung ....
masa terus berlalu dengan sejuta warna GRAF GOLD naik turun naik turun ...seperti gerakan  jantung yang berdegup....sekarang  19 Sep 2011  Graf Menunjukan
 dengan modal RM 645  untuk tempoh 9 bulan sudah dapat untung kasar  RM150 huhu...  mungkin hujung tahun  dia akan  bertambah lagi ....so ....kita tak pasti kawan kita tadi mungkin sudah beranak pinak  Dinarnya ..mungkin bertambah jongkong emasnya  cuba tanya dia  pasti dia kata tak menyesal  .....harapan kekawan semua ..banyak meneliti mengkajmenelii   faedah atau  manfaat yang terselit di dalam perkataan GOLD ...EMAS ini ....semoga perkongsian ini ada manfaat bersama ...bukan ingin kaya tapi harus kaya untuk kemaslahatan ISLAM semua ........so rajin belek belek web yg berkaitan dgn emas ..fikir je sikit insyaAllah ..bila faham ..ada keyakinan ..bila yakin ....apa lagi beli simpan jeee setahun dua  lepas tuuu jual je!

JOM fikir sekejap ..betulkah apa yg dikata atau omongan kosong sahaja....jom cuba beli 1 keping dinar sahaja untuk buat koleksi ... baru anda faham bagaimana yg dikatakan untung  @ rugi .......

Jumaat, 31 Disember 2010

Graf Emas 1 Jan 2011

Pembuka Bicara Untuk tahun 2011 ....begitu menyinar ....kepada pemancing  emas  teruskan mengumpul dan  meyimpan emas ..teruskan teruskan ..megumpul .....

kepada  Tuan Puan yang berhajat  untuk mengumpul  emas ..
sila  hubungi  Mohd Azhar(PG 0553- kelantan / Terengganu ) untuk bantuan tempahan ....
kami bangga membantu anda untuk  sama sama menatap kilauan emas ....jom sama sama pancing ...
014 290 1010@ 012- 969 5448

Emas Semakin Naik

Emas semakin naik ..bila ia nak turun semula !! nak beli lagi ..tengok kepada trend menik jeeee tapi kalau nak turun ke 1380 susah dah kot ...sebab sekarang tengah  rancak di 1414 adus ..turunlah sekejap emai oiii
nanti kita lock jeeeeee....hu hu ..tak bayak lagi ..

sekarang semakin yakin dan faham dgn situasi emas ..anda bila lagi .,.tak cuba tak percaya ..cubalah dengan  pelaburan 1 dinar ...dan anda akan  pasti ada sesuatu yg menguntungkan anda .!!

Selasa, 28 Disember 2010

Tahu tapi Tak Nak Endah !!


Semua orang tahu emas makin lama makin naik !!! kalau beli rantai emas tahun ini RM700..... orang semua tahu  tahun depan pasti takan dapat lagi dengan harga RM 700!!mungkin naik kepada RM 900@Rm1000...namun kenapa  ramai orang tak tukar atau beli dan simpan jeeee emas banyak banyak ? melihat pada keadaan ini aku berpendapat  orang kita memang tidak suka ambil peluang ...mereka lebih suka lihat peluang berlalu begitu sahaja !fikiran masyarakt kita  bila bertimbun wang fiat (kertas tisu tandas)melambangkan  kekayaan lebih menyerlah dan lebih dibanggakan .....

masih takut dan belum cukup sempurna  keyakinan ...masih was was ..dan mereka dari kecil sampai besar mentaliti  keyakinan lebih kebergantungan dengan duit banding emas ....
namun aku tetap bersyukur kerana otaku  telah berubah kepada otak emas hasil dari blog rakan rakan dan member pencinta emas ......ada kesedaran untuk menyimpan emas dari menyimpan duit ...ASB  bukanlagi pilihanku ...sebab  sikit jeee 8.5% ..

Selasa, 14 Disember 2010

Berakhirkah Kenaikan Harga Emas ?.

Harga emas di Pasaran mulai jatuh sejak beberapa hari yang lalu,namun  rekod kenaikan sudah mampu membuat laluan emas ke paras tertinggi USD1430/oz ....saya rasa harga emas xkan jatuh, ia mungkin akan jatuh sedikit bila waktu-waktu tertentu, tetapi akan terus naik..sedikit demi sedikit..



Apa pun, emas tetap sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Isnin, 13 Disember 2010

Bila Lagi Anda Nak Bertindak !!!

semoga dengan maklumat  ini, anda mampu
memulakan pelaburan emas anda
pada HARI ini juga

Tahukah anda pelaburan emas ini adalah lebih menguntungkan
berbanding pelaburan di ASB..

Jauhari Juga Mengenal Manikam..



Nak Kecek Kecek ...nak Royat royat ..nak kempen kempen lebih ..tak payah leeee ....
kalau terasa  betul apa yang diperkatakan  tak payah lengah lengahkan lagi untuk nak bersama-sama join keuntungan .....


Miliki emas sebagai simpanan yang menjamin keselamatan dari krisis kewangan dan peningkatan kadar inflasi.

Produk yang ditawarkan:

1) Dinar Emas (Emas 916)
2) Jongkong Emas (Emas 999)
3) Barang kemas tanpa kos upah (emas 916)

Produk emas keluaran Public Gold di sahkan ketulenan oleh Assayer Emas dan jaminan beli balik emas dengan spread cuma 5% - 6%.

Hubungi saya Ust Mohd Azhar Hj Omar  Dealer Public Gold, No Dealer: PG003550
HP 012 290 1010......Batu Rakit  Kuala Terengganu ..../ Tumpat Kelantan

Ahad, 12 Disember 2010

Emas patut dijadikan sebagai salah satu pelaburan masa depan anda?

Mengapa emas patut dijadikan sebagai salah satu pelaburan masa depan anda? Ianya kerana..


1. Trend kenaikan harga emas adalah sentiasa menaik.
Dalam masa sebulan ianya boleh naik sehingga 5%. Pernah dicatatkan,
harga emas naik 33.3% dalam tempoh setahun
2006-2007.
Sekiranya anda beli 100gram emas dengan RM100 per gram pada Jan 2006, iaitu RM10,000.
Apabila anda menjualnya pada Jan 2007, anda akan mendapat RM 13,300.
Maknanya anda untung RM3,300 hanya dalam setahun. Tidakkah ianya sangat lumayan ?

2. Pelaburan emas amat tinggi pulangannya berbanding pelaburan ASB.
ASB biasanya memberikan pulangan 8-10% setahun.
Akan tetapi pulangan emas adalah 50 -100% lebih lumayan daripada ASB.

3. Harga minyak naik – harga emas akan naik.
Apabila minyak naik, semua harga barang akan naik termasuk emas.
Jika anda membeli emas sekarang,
anda akan mendapat keuntungan lumayan pada masa kenaikan harga minyak ini.
Dan anda perlu ingat juga bahawa emas tidak dipengaruhi oleh INFLASI.

4. Terdapat banyak cara anda boleh mendapat keuntungan melalui emas.
Kebanyakan kita tahu emas hanyalah barang kemas. Tahukan anda dengan
hanya bergantung kepada barang kemas, keuntungan yang diperolehi
selepas menjualnya tidaklah seberapa besar, tapi masih menguntungkan.
Sebenarnya ada banyak bentuk pelaburan emas iaitu ------,------,--------,-------, & -------.
Dan ada bentuk emas ini melibatkan dalam bentuk pelaburan dalam buku pelaburan, ----, -----

5. Senang  simle ....tidak menyusahkan .......tugas kita hanyalah sekadar Kongsi ..
dan memang susah untuk  menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.

6. Boleh di Gadai sekiranya anda perlukan duit atau sekiranya anda mahu jadikan  Emas anda beranak pinak .....Bergantung kepada Kreativiti anda ...apapon dgn Emas InsyaAllah semua BERESSSSSSSS..
Fikir fikir jangan malu malu ..ikuti langkah bijak mereka yg berjaya .....
jom join Kami jee ..Ust Mohd Azhar Hj Omar  013 813 8553
PG 03550  Tumpat Kelantan ./ Batu Rakit Kuala Terengganu

Khamis, 9 Disember 2010

Berani Cuba ?

Ada berani Cuba ke ?
Takut ?
hu hu..takpe mana-mana pilihan adalah jawapan yang betul !cuma bezanya kebijakan dan tindakan sahaja ....

simpan duit ...jadi macam nihlah .......huhu..hanya mampu ditukar dgn 3 biji telurr...
tiada nilai ....wang kertas ...


Untuk Renungan dan Kajian


GRAF HARGA EMAS UNTUK SETAHUN (OKT 2009-OKT 2010)

  • Carta di atas menunjukkan harga emas selama setahun bermula dari Oktober 2009 hingga Oktober 2010
  • Harga emas pada Oktober 2009 : USD 1044.70/ounce
  • (bersamaan RM3,250.82 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun RM104.53 untuk setiap 1 gram emas
  • Harga emas pada Oktober 2010 : USD 1381.20/ounce
  • (bersamaan RM4,297.92 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun peningkatan RM138.20 untuk setiap 1 gram emas
  • Peningkatan harga sebanyak RM1,047.10 untuk 31.1gram emas (setahun)!!
  • Ataupun beza peningkatan harga sebanyak RM33.70 bagi setiap gram emas (setahun)!!
  • Ataupun peratus peningkatan sebanyak 32.2% setahun
 SITUASI 1
  • Bayangkan sekiranya anda beli 10 gram emas pada Oktober 2009 dengan harga RM1,045.30, jadi harganya sekarang (Oktober 2010), ialah sebanyak RM1,382.00. Anda untung RM336.00 setahun cuma goyang kaki saja :)
  • Bayangkan pula jika anda beli 100 gram emas pada Oktober 2009 dengan harga RM10,453.00, maka harga emas 100 gram pada Oktober 2010 harganya mencecah RM13,820.00!!!
  • Peningkatan harga sebanyak RM3,367.00 setahun !! Banyak benda boleh buat dengan RM3,367.00 tu..
  • Bagi anda yang membeli emas sebanyak 1000 gram pada Oktober 2009 , anda boleh buat untung sebanyak RM33,670 setahun!! Lumayan kan :)

GRAF HARGA EMAS UNTUK 5 TAHUN (OKT 2005-OKT 2010)


  • Carta di atas menunjukkan harga emas selama 5 tahun bermula dari Oktober 2005 hingga Oktober 2010
  • Harga emas pada Oktober 2009 : USD 456.20/ounce
  • (bersamaan RM1,419.57 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun RM45.65 untuk setiap 1 gram emas
  • Harga emas pada Oktober 2010 : USD 1381.20/ounce
  • (bersamaan RM4,297.92 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun RM138.20 untuk setiap 1 gram emas
  • Peningkatan harga sebanyak RM2,878.35 untuk 31.1gram emas!!
  • Ataupun peningkatan harga sebanyak RM92.55 bagi setiap gram emas!!
  • Peningkatan sebanyak 202.76% untuk 5 tahun!!
    SITUASI 2
  • Bayangkan sekiranya anda beli 10 gram emas pada Oktober 2005 dengan harga RM456.50, jadi harganya sekarang (Oktober 2010), ialah sebanyak RM1,382.00.
  • Anda untung RM925.50 utk 5 tahun (bagi cuma 10 gram emas yg anda ada) cuma goyang kaki saja :)
  • Bayangkan pula jika anda beli 100 gram emas pada Oktober 2005 dengan harga RM4,565.00, maka harga emas 100 gram pada Oktober 2010 harganya mencecah RM13,820.00!!!
  • Peningkatan harga sebanyak RM9,255.00 utk  5 tahun !!
  • Banyak benda boleh buat dengan RM9,255.00 tu.. nak kawin? nak melancong? nak beli tv? terpulang pada anda…
  • Bagi anda yang membeli emas sebanyak 1000 gram pada Oktober 2005 (harga untuk 1000 gram emas pada Oktober 2005 ialah RM45,650), harga 1000 gram emas pada Oktober 2010 mencecah RM138,200!!!
  • RM138,200 – RM45,650 = RM92,550 keuntungan melabur dalam emas untuk 5 tahun!!!
  • Untung RM92,550 untuk 5 tahun…sapa nak bagi jumlah wang sebanyak tu pada anda?  :)

GRAF HARGA EMAS UNTUK 10 TAHUN (OKT 2000-OKT 2010)


  • Carta di atas menunjukkan harga emas selama 10 tahun bermula dari Oktober 2000 hingga Oktober 2010
  • Harga emas pada Oktober 2000 : USD 255.30/ounce
  • (bersamaan RM794.42 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun RM25.54 untuk setiap 1 gram emas
  • Harga emas pada Oktober 2010 : USD 1381.20/ounce
  • (bersamaan RM4,297.92 bagi setiap 31.1 gram emas)
  • ataupun RM138.20 untuk setiap 1 gram emas
  • Peningkatan harga sebanyak RM3,503.50 untuk 31.1gram emas.
  • Ataupun peningkatan harga sebanyak RM112.65 bagi setiap gram emas.
  • Peningkatan sebanyak 441.01% untuk 10 tahun atau 44.1% setahun!!

Situasi 3
  • Bayangkan sekiranya anda beli 10 gram emas pada Oktober 2000 dengan harga RM255.40, jadi harganya sekarang (Oktober 2010), ialah sebanyak RM1,382.00. Anda untung RM1,126.60 utk 10 tahun (bagi cuma 10 gram emas je) cuma goyang kaki saja :)
  • Bayangkan pula jika anda beli 100 gram emas pada Oktober 2005 dengan harga RM2,554.00, maka harga emas 100 gram pada Oktober 2010 harganya mencecah RM13,820.00!!!
  • Peningkatan harga sebanyak RM11,266.00 utk  10 tahun !!
  • RM11,266.00 anda boleh guna untuk beli emas lagi dan lagi dan lagi :)
  • Bagi anda yang membeli emas sebanyak 1000 gram pada Oktober 2000 (harga untuk 1000 gram emas pada Oktober 2000 ialah RM25,540.00), harga 1000 gram emas pada Oktober 2010 mencecah RM138,200!!!
  • RM138,200 – RM45,650 = RM112,660 keuntungan melabur dalam emas untuk 10 tahun!!!
  • Untung RM112,660 untuk 10 tahun…rumah, rumah, rumah!!!
    Source from http://www.kitco.com/charts/

Kiraan Karat


semoga ada manfaat dalam perkongsian ini ....www.pancingemas.blogspot.com

Pelaburan Hartanah Masalah gelembung hartanah VS Emas



 

Mana mana Pelaburan yang anda ceburi semuaya ada risiko ..cuma kecil besar yang membezakan dan masing masing ada kelemahan ...Pelaburan yang baru aku ceburi secara kecik kecik ...ibarat  seorang pengail yang mencampak kailanya disungai .,.tak ubah sekadar menunggu sekiranya ada rezeki yg mendatang ..teringin juga yang libatkan diri dalam pelaburan hartanah cuma risau dan takut ....
Property bubble Malaysia merupakan isu yang panas sekarang. Ramai yang memperkatakan tentang property bubble di Malaysia akan burst. Kalau dalam bahasa Malaysia nya gelembung hartanah ni akan pecah. Betul ke bubble ni akan burst atau sekadar khabar angin? Kalau dilihat pada trend harga hartanah di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang atau khususnya Kuala Lumpur memang tak masuk akal.


Sebenarnya apa yang akan jadi bila property bubble ni burst? Kebiasaannya bila property bubble ni burst, rumah yang berada di pasaran akan turun harganya dan ini mengakibatkan pembeli yang membeli rumah dari pemaju tidak dapat menjual pada harga yang lebih tinggi ketika dibeli dari pemaju. Apabila rumah tidak dapat dijual maka peminjam yang membeli rumah sebelum ini untuk tujuan pelaburan tidak akan dapat membayar semula pinjaman mereka kepada pihak bank sekiranya kedudukan kewangan mereka tidak kukuh. Kalau nak refinance sekali pon sukar kerana nilai harga rumah lebih rendah dari jumlah hutang dengan bank. Ini akan mengakibatkan bank tidak dapat mengutip semula wang yang dipinjamkan dan meningkatkan kadar ‘non performing loan’. Bila ini terjadi, bank akan mengurangkan pinjaman wang untuk kegiatan ekonomi dan menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi perlahan.

Senario sekarang kebanyakan rumah yang dijual oleh pemaju akan dibeli oleh pembeli samada untuk tinggal sendiri atau untuk tujuan pelaburan. Sekiranya rumah yang dibeli digunakan oleh pembeli untuk tinggal sendiri maka tidak akan menjadi sebarang isu tetapi kalau rumah yang dibeli itu digunakan untuk tujuan pelaburan samada untuk disewakan atau dijual semula ianya akan menimbulkan masalah sekiranya rumah tersebut tidak dapat dijual atau disewakan.


Saya bagi contoh yang paling mudah. Katalah ada 1 pemaju menjual rumah teres dengan harga RM600 ribu dan rumah ni dibeli oleh pelabur hartanah. Dan apabila rumah ni nak dijual semula ke pasaran oleh pelabur tersebut, tidak ada siapa yang sanggup membeli kerana harga RM600 ribu yang diletakkan oleh pemaju bukan lah harga sebenar yang mampu dibayar oleh pembeli. Yang rugi disini adalah pelabur hartanah kerana rumah tersebut sebenarnya dibeli pada harga yang melebihi paras kemampuan pembeli di pasaran sebenar. Bila pelabur berbelanja lebih dari kemampuan kewangan sebenar, maka pelabur akan mula tidak membayar pinjaman kepada pihak bank. Bila bank tidak dapat mengutip wang pinjaman maka rumah tersebut akan dilelong. Tetapi bila nak lelong tak dapat nak lelong pada harga RM600 ribu sebab nilai rumah tu cuma RM450 ribu di pasaran. Kat sini bank dah rugi RM150 ribu untuk sebuah rumah, Cuba bayangkan kalau ada 100 ribu rumah dengan kes yang sama, maka impaknya sangatlah besar. Boleh melumpuhkan sistem perbankan seperti apa yang dah berlaku di Amerika Syarikat.
Disini pentingnya langkah awal diambil supaya gelembung hartanah ni tidak pecah. Sekiranya property buble ni burst, maka harga rumah akan turun dan bank pon akan menjadi lemah.

Berdasarkan pengalaman saya memerhatikan harga hartanah di Lembah Klang terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam, harganya tiap-tiap tahun akan meningkat. Jangan terkejut kalau saya cakap rumah teres 20 x 70 di Shah Alam dah mencecah RM400,000. Ada ke orang yang mampu membeli rumah pada harga tu. Harga RM400,000 tu baru harga pemaju, belum lagi harga yang dinaikkan oleh spekulator. Bila rumah tu dijual semula ke pasaran oleh spekulator, harganya pasti akan mencecah RM500,000. Sekarang ni siapa yang nak dipersalahkan? Nak salahkan pemaju letak harga yang tinggi, tak boleh juga sebabnya rumah yang dijual oleh pemaju habis dijual dalam tempoh 3 hari. Kalau harga tinggi dah tentulah tak ada orang nak beli. Tetapi disebabkan ada pelabur yang sanggup membeli rumah tersebut maka rumah tersebut berjaya dijual oleh pemaju pada masa yang singkat. Bila ramai pelabur beli pasti akan ada spekulasi yang melonjakkan harga rumah tersebut ke tahap yang melampau. Contohnya saya pernah nampak 1 kes rumah yang dibeli pada harga RM700 ribu dijual semula pada harga RM850 ribu dalam tempoh setahun. Bila terlalu banyak aktiviti spekulasi maka harga rumah akan sentiasa melambung naik dan pemaju hanya mengikut rentak pasaran harga semasa bila menjual sesuatu rumah baru.

Kenapa situasi ni boleh berlaku disebabkan sekarang proses nak buat pinjaman mudah, kadar interest yang rendah dan pakej yang membolehkan orang membeli rumah dengan mengeluarkan sedikit wang tunai. Salah satu cara untuk membendung spekulasi yang melampau ni adalah dengan mengetatkan syarat pinjaman wang untuk hartanah kedua dan kadar margin of financing (MOF) yang diberikan dikurangkan ke 60%-80%. Bila MOF yang diberikan makin sikit, maka spekulator perlu mengeluarkan wang tunai yang lebih banyak dan mungkin ini dapat mengurangkan lonjakan harga rumah di pasaran.

Kadang-kadang saya terfikir kalau lah harga rumah teres bernilai RM600 ribu, maka jumlah sebulan yang perlu dibayar ke bank untuk pinjaman 30 tahun adalah lebih kurang RM2600. Maksudnya pendapatan isi rumah perlu sekurang-kurangnya RM10,800 supaya kedudukan kewangan menjadi sihat dan ada simpanan untuk kecemasan. Ramai ke rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,800? Sebabnya bila saya tengok rumah baru dilancarkan pemaju sekejap je dah habis dijual walaupon harganya RM600 – RM800 ribu.

Rabu, 8 Disember 2010

Kalau Ada Masa Bacalah Sedikit ......

Harapan dan Doa anda  semua dalam keadaan sihat ceria disamping keluarga, dan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan dalam kehidupan yang semakin mengila gila dengan kenaikan itu ini .

Bukan nak kata apa sebenarnya terdetik dalam hati bila baca komen-komen  kat FB tentang pelaburan emas ..ramai yg belum sedar tentang pelaburan ini ..semua orang takut ..termasuklah saya sendiri ..(.dulu leee)... tapi setelah mengkaji  ,baca ,meneliti tulisan tulisan dalam blog rakan rakan serta mengahadiri sesi taklimat tentang kebaikan  pelaburan emas.....barulah aku tahu .......kenapalah aku tak tahu 2/3 tahun lepas lagi ..kenapa baru sekarang !!!!ruginya ........

Terasa nak  berkongsi Ilmu Emas dgn   anda sebagai ilmu  mengenai kaedah simpanan emas yang memberikan keuntungan yang lebih baik, tidak seperti anda menyimpan wang didalam akaun atau untuk pelaburan saham amanah yang mana walaupun ianya terjamin tetapi perolehannya tidak sepertimana yang diharapkan.
 



Insyaallah jika anda faham mengenai apa itu emas dan bagaimana bentuk emas dan sejarah harga emas, saya percaya pasti anda akan sedaya upaya akan cuba menyimpan dalam bentuk emas untuk masa depan keluarga anda, Anggaplah  anda menukar wang kepada emas ..jangan anggap  bahwa anda melabur ...semoga dengan tidak meletakan anda tidak membeli  ia meberi keyakinan bahawa anda tidak akan rugi kerana membeli ...sebab sudah menjadi lumrah kehidupan ..bila sesuatu barang yg kita beli ianya akan susut nilai ..tapi percayalah kawan !!semakin lama kita menyimpan emas semakin bertambah nilainya  ...

fikir sendiri dengan kajian ....agar kita tidak rugi kerana terlewat bertindak ..tiada siapa yg memaksa anda untuk menukar wang kepada emas ...sekadar kongsi ilmu dan manfaat dari ilmu yang tak seberapa  sahaja..terima kasih ...

Isnin, 6 Disember 2010

Public Gold Dalam Harian Metro

PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.
Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.

Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.
Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.

“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.

“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.

Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.
“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.

“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.

Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia .